INFO EMAS
Riba Dalam Al-Quran Dan Hadith Hindarilah riba,kerana ia bukan membawa kepada keuntungan tetapi membawa kepada kebencanaan.”Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan”. (Al Imran 130)
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasullullah SAW bersabda:
“Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba.”Lalu ada yang bertanya.”Apakah semua manusia wahai Rasulullah?”Sabdanya… “Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya.Hukum Riba Dalam Al-Quran
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba ( yang belum dipungut ) jika kamu orang-orang yang beriman”
(Al-Baqarah : 278 )
Sifat Emas
Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.
Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.
Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.
Sejarah Emas
Emas telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.
Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut .
Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher’s stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.
Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.
Ketulenan Emas Dan Perak
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?
APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000
TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.
PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.
STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.
PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.
PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.
PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.
PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.
Menyimpan Emas Tetap Menguntungkan Anda.
Peranan emas ketika negara aman dan makmur.
Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan – untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin
Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah Asset penyelamat harta Kita?
Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.
Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai.
Peranan emas ketika harga emas menurun
Pada kebiasaannya harga emas turun disebabkan beberapa faktor. Ia merupakan fonomena biasa dan bersifat sementara dan akan kembali melonjak ke aras sepatutnya dengan cepat kerana nilai dan permintaan semasa yang amat tinggi. Sekiranya harga menurun maka peluang pelabur mendapatkan keuntungan adalah berlipat ganda berbanding kenaikan secara berterusan. Permintaan dan nilai logam ini telah pun terbukti sejak beribu tahun dulu lagi.
Harga Emas Tetap Akan Naik
Harga emas ditetapkan oleh undang-undang bekalan dan permintaan yang tidak berubah. Apabila permintaan melebihi bekalan, harga mesti meningkat. Bagi emas, permintaan terlalu melampaui bekalan setiap tahun secara konsisten. Kemerosotan nilai wang Amerika turut meningkatkan harga emas.Pada bulan Mac 2008, emas mencapai harga sebanyak US$1,000 / auns buat masa pertama kali dalam sejarah. Dalam hanya dua setengah bulan yang pertama pada tahun 2008, emas telah meningkat sebanyak 23%. Pada masa yang sama, bursa-bursa saham di seluruh dunia telah mengalami kerugian diantara 10% hingga 35%.
Harga emas biasanya dijangka menaik semasa ekonomi mengalami kemelesetan. Jika emas dibeli pada bulan Januari 2001, maka emas itu akan meningkat sebanyak 274% pada bulan Mac 2008
sumber: http://dinarkedah.blogspot.com/, http://www.kerisemas.com.my/infoemas.php








